Tuesday, April 6, 2021

Kisah si Belon Hitam

 


Jika anda adalah seorang sedang dalam proses untuk membuat perubahan positif pada diri, kata-kata dan catatan ringkas ini boleh dijadikan sebagai semangat untuk kita terus berjuang dalam perubahan kearah itu…iaitu kisah si belon hitam


Pernahkan kita terlihat beberapa belon yang diikat dan berwarna-warni. Namun bila dilepaskan ia tetap terbang keatas bersama-sama. Apakah yang membuatkan ia terbang ke udara? Adakah kerana warnanya yang cantik? Ataupun bentuknya yang menarik?

Ya, jawapannya TIDAK..bukan kerana warna dan bentuknya ia terbang tinggi di udara, tapi kerana dalamnya yang membuatkan ia terbang di udara…si belon hitam walaupun wajahnya kelihatan tidak menarik namun ia boleh terbang tinggi bersama yang lain. Dan ia sangat menarik dipandang apabila ia mula mengapung-apungkan diri di udara.


Begitu juga kita sebagai manusia…dalam dan luaran adalah sama penting. Namun, dalaman adalah perkara pertama yang perlu dicantikkan. Kecantikan dalaman akan memberi kecantikan pada luaran dan persekitaran. Bermulalah dengan kecantikkan dalaman dengan sentiasa memusahabakan diri dan mengikhlaskan hati. Dalaman seseorang itu terdiri daripada hati dan akal. Hati dan akallah yang akan membawa kita terbang tinggi. Ingatlah bukan kecantikan luaran yang membawa kita terbang jauh, tapi hati dan akal. Sedangkan peserta ratu cantik sekalipun akan dinilai dari sudut pengetahuan juga. Bagaimana ia menjadi ratu cantik jika tidak mempunyai pengetahuan untuk menjaga kesihatan dan mahir dalam merebut peluang?

No comments:

Post a Comment

MY POST

Background